Sweet Followers

Monday 25 February 2013

post signature

Sunday 17 February 2013

DOAKU :)



P/S : Mudah-mudahan kita semua mendapat pasangan yg baik..Insya Allah..Aminnn :)


post signature

Tuesday 12 February 2013

ENGAGEMENT

Salam..

Excited nyer nak cerita pasal majlis pertunangan ni. Tapi jangan salah faham okey. Ni bukan majlis aku tapi majlis kawan aku. Kawan baik aku. Hehehe. Dah jadi tunangan orang dah dia ni. Tahniah weyh :)

Majlis yang sederhana tapi meriah. 15 dulang hantaran dari pihak lelaki berbalas 9 dulang hantaran dari pihak perempuan. Sebenarnyer, ada permintaan dari bakal pengantin ni. Permintaan dia ialah nak kawan dia ni mekapkan dia dalam majlis pertunangan dia ni.

Aku yang agak ragu-ragu pada mulanya terima jela bila fikir permintaan kawan baik kita kan. Tapi bukan aku seorang ye. Aku dengan Rina la tolong mekapkan dia. Hehehe. Berbakat ke tak kitorang ni kan. Nak tau? tengok la gambar kat bawah tu. Hahaha. Bagi aku not bad juga la. *Angkat bakul sendiri. Hehehe

Jadi, jom kita tengok suasana di majlis pertunagan Mira ni yang agak meriah la jugak bagi aku :)

Let's :)

Sarung cincin :)
Kek dari pihak lelaki :) Sedapp :)
Cup cake dari pihak perempuan. Comel kann :)
Kek dari pihak lelaki lagi :)
Bakal di ijabkabulkan setahun lagi :)
Beberapa minit menanti debaran untuk menjadi tunangan orang :)
US. BFF :)
Mira :)
Hantaran :)
Friends :)
Friends :)

post signature

Monday 11 February 2013

OUT ting ting ting. . .

Salam :)

Sempena CNY yang lepas, aku dengan kawan-kawan seperjungan aku *cehhhh berjalan sakan la hari sabtu lepas. Memandangkan Cip yang baru jer dapat lesen memandu, dia pun meneruskan hasratnya yang telah dia rancang bulan 11 tahun lepas. Hahaha, lama tak tempoh perancangan kitaorang tu. Tapi berhasil jugak okey.

Then, cuaca pun baik je hari tu. Yelah, panas. Mesti la cepat haus kan. Haus bukan sebab panas je tapi sebab penat menjerit. Hahaha, nak tau sebab apa menjerit? tanya Cip tu ha..*Sorry Cip..Hehehe

Meriah jugak sambutan CNY kat The Curve tu. Siap aku dapat angpau free lagi. Tapi angpau kosong jelah. Hehehehe..

Yang bestnyer, bowling pun ada promotion sempena CNY. Hebat tak? haha. Dah la ada promotion, boleh guna kad diskaun siswa lagi. Memang untung betul la keluar hari tu. Bukan apa, biasanya kan bila weekend harga mahal sikit dari hari biasa. Tu sebab la kitaorang agak terkejut dengan harga tu. Buleh jimat duit sikit. Hehehe

Fieka, Afifah, Cip

Posing je lebih :) hehe

Cantik :)

post signature

Sunday 10 February 2013

JODOH ?


Salam :)
Entah kenapa, hari ni aku dengan rajinnya search google untuk tengok-tengok tentang jodoh, pikat atau memikat. Jadi, barulah aku tau yang ada sunnah memikat wanita rupanya. Satu ilmu baru yang aku tau untuk hari ni. Aku pun baca dan fahamilah semua ni dann aku nak share la dengan korang yang mungkin ada yang tak tau bahawasanya memikat pun ada sunnah dia :)


Ermm, mungkin salah satu sebabnya aku cari info-info ni bila ada someone that expresses his feeling to me last night. Aku tak kata "ya" dan aku juga tak kata "tidak". Cuma aku kata, kalau ada jodoh, adalah. Sebab utama aku cakap macam tu ialah aku nak kejar cita-cita aku, balas jasa mak ayah then baru fikir pasal ni. Lagipun aku sayangkan hubungan persahabatan antara aku dengan dia. Tak naklah sebab pasal ni nanti, persahabatan kami hancuss. Dia pon ada masa depan dia.
Bagi aku, dia tak jumpa lagi perempuan yang betul-betul sesuai dengan dia. Kenapa aku tak de teman istimewa waktu study diploma dulu bukanlah satu sebab kenapa dia bagitau isi hati dia kat aku semalam. Mungkin dia keliru. Dan aku selalu setkan dalam kepala otak aku ni yang aku dengan dia akan jadi kawan baik sampai bila-bila. Ye, sampai bila-bila...
Aku jugak ada pesan kat dia untuk selalu berdoa. Sebab semua ni urusan Allah. Dia yang mengaturkan yang terbaik untuk kita semua. Walaupun dia ada cakap yang susah untuk buang perasaan tu jauh-jauh, and I actually feel the same way, but we must to try. Banyak lagi benda yang menanti kita kat depan tuuu..
Okey, chill :) Jom kita tambahkan ilmu pengetahuan kita untuk mengetahui apakah sunnah-sunnah memikat wanita :)

Cara-cara memikat Wanita menurut Sunnah:
1. Menyatakan hasrat melalui keluarga wanita, misalnya ayah si gadis itu.
Contoh: Nabi saw menyatakan hasrat hatinya kepada Aisyah melalui Abu Bakar dan Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab (bukhari dan Muslim)
Fiqh: Apabila kita sudah ada hubungan yang kuat dengan ayahnya dan ayah si gadis telah mengenali kita, maka mudahlah kita menyalurkan hasrat hati kepada ayahnya.
2. Boleh secara langsung menyatakan hasrat hati kepada gadis juga boleh melalui perantara.
Misalnya Nabi saw meminang Ummu Salamah secara terus melalui wakilnya Hathib bin Abi Balta’ah (muslim 1525). Imam Nasa’iy melapurkan Abu Talhah melamar Ummu Sulaim secara langsung tanpa perantaraan. Ini caragentleman, terus menyatakan hasrat suci kepada gadis itu. (sahih anNasa’iy 3133)
3. Memikat wanita melalui pengaruh tokoh masyarakat.
Imam Bukhari-Muslim melapurkan dari Sahl bin Sa’ad, bahawa ada sahabat yang menggunakan kedudukan Rasulullah s.a.w untuk masuk memikat hati perempuan (Bukhari 4642). Lalu Rasulullah mengirim arahan bahawa lelaki itu mendapat restu baginda untuk meminang wanita tersebut.
4. Menggunakan bahasa sindiran kepada gadis idaman.
Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita2 itu dengan sindiran). Kaum salaf menggunakan pelbagai teknik samada dari segi lisan dan perbuatan untuk menyatakan hajatnya kepada wanita idaman. Ada yang mengirim salam dan ada yang mengutus hadiah dan ada yang menyindir dengan kata-kata simbolik (ahkamul Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213)
Begitulah antara cara memikat si gadis menurut As-Sunnah.

Menawarkan diri kepada lelaki yang soleh.
Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda Rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata: “Wahai Rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” Lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan.” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).
Cara-cara memikat wanita mengikut sunnah di atas diperolehi dari al-ahkam.net.
Tidak Perlu Melampau
Beginilah cara yang baik untuk memikat si dia mengikut sunnah. Tidak perlu ajak si dia keluar. Tidak perlu berusaha sedaya upaya mengambil hatinya dengan berlakon baik dan mengubah diri untuknya. Jika mahu berubah, biarlah kerana Allah.
Perbuatan kita yang terlalu kuat berusaha memikat hatinya hanya akan mendorong kita melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. Kita mungkin akan berubah menjadi baik seketika untuk dirinya, namun selepas memiliki dirinya kita akan kembali kepada perangai asal. Pernahkah anda dengar ramai pasangan yang mengadu menghadapi masalah dalam perkahwinan kerana masing-masing mula mengubah sikap. Sebelum kahwin bukan main baik dan mesra, tetapi selepas kahwin perkara kecil pun boleh mencetuskan pergaduhan.
Usaha kita yang melampau untuk memikat hatinya juga akan menyebabkan dirinya menerima kita atas dasar kasihan, bukannya cinta yang sebenar. Mampukah faktor kasihan seperti ini memberikan kebahagiaan berpanjangan? Cinta dan kasih sayang yang paling baik adalah cinta dan kasih sayang kerana Allah.
Jika mahu memikat hatinya, jadilah seorang insan yang mengasihi Allah dan menjalankan tanggungjawab sebagai manusia dengan sempurna. Jika perkara ini belum cukup untuk memikat hati si dia, ketahuilah bahawa dia bukanlah orang yang sesuai untuk kita. Tiada cara memikat yang lebih baik dari cara yang diajarkan dalam Islam.
Perlukah Romantik?
Kadang-kadang ramai yang beranggapan kita perlu menjadi romantik dan becinta seperti pasangan suami isteri meskipun sebelum berkahwin. Barulah dapat mengenali hati budi masing-masing. Hakikatnya semua ini hanyalah tipu semata-mata. Ini ialah tipu daya syaitan! Orang yang bercinta sering berubah sikap seolah-olah sangat baik. Sikap yang digambarkan pada pasangan kekasihnya itu bukanlah sikap sebenarnya. Mereka ini akan berubah selepas berkahwin.
Selain itu pasangan yang bercinta juga sering mengalami kekecewaan kerana tidak dapat bersama. Samada mereka putus cinta, halangan keluarga, halangan kewangan dan sebagainya. Berbagai perkara boleh berlaku. Akibatnya ramai yang kecewa dan mengambil jalan mudah untuk membunuh diri. Hilang keyakinan pada diri sendiri. Benci membenci antara satu sama lain. Bermusuhan dan tidak kurang juga yang menggunakan ilmu hitam untuk memusnahkan hidup bekas kekasihnya.
Inilah antara perkara yang banyak berlaku kepada masyarakat kita hari ini. Jika mereka bahagia dan mesra bersama, mereka akan terlanjur melakukan zina pula. Sebelum mengatakan apa yang saya nyatakan ini tidak benar, cubalah sendiri membuat kajian berapakah jumlah bayi yang baru dilahirkan dibuang dan dibunuh hidup-hidup setiap tahun. Itu baru jumlah pembuangan bayi, berapa pula jumlah sepasang kekasih yang berzina?
Semua ini berlaku kerana sikap manusia yang kononnya mencari jodoh dan memikat pasangan mereka dengan cinta yang tidak berlandaskan syariat Islam. Semoga kita semua dijauhkan dari semua perkara yang dimurkai Allah ini. Sebagai manusia biasa, kita juga ingin hidup berpasangan, mencari jodoh dan memikat hatinya untuk membina sebuah institusi keluarga bahagia. Namun perjalanan untuk meraih kebahagian itu tidaklah mudah seperti yang digambarkan. Oleh itu marilah sama-sama kita berdoa semoga niat murni kita semua dilindungi-Nya dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah…
cahayaislam.net

post signature

Thursday 7 February 2013

PERHATIAN KEPADA BAKAL GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE 78 - MEI 2013

Salam semua..

PERHATIAN KEPADA BAKAL GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE 78 MEI 2013

Assalamualaikum w.b.t

Tahniah di atas kejayaan anda menamatkan pengajian di UiTM.

Bagi melancarkan proses konvokesyen anda, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah MENYEMAK DAN MENGESAHKAN maklumat peribadi anda di sini:



Hohoho, can't wait for this moment :)


post signature

Wednesday 6 February 2013

WEEDING RECEPTION 29 DEC 2012

 Salam semua..

Memandangkan weeding akak aku yang baru berlansung 2 bulan lepas, *baru ker? hehehe..  aku kat sini nak kongsi sikit beberapa gambar weeding dorang. Walaupun may be ade orang fikir dah lama dah kahwin, tapi aku tetap nak post entri ni jugak..hehehe

Jom lah tengok kejap :)


PRESENT : HAMIZAH & TAJUDDIN WEEDING RECEPTION

Outdoor photoshoot :)
Okey, gambar silau sikit :p

Mak dan ayah pengantin perempuan :)

Hamizah & Tajuddin :)

With my friends :)

With my sis :)

Pihak lelaki

Sibling

Syifa comel :)

Lovely family :)


post signature

Tuesday 5 February 2013

KUCING OH KUCING

Salam semua :)

Hari ni mood aku nak bercerita sikit pasal kucing. Macam yang kita semua tahu, kucing adalah haiwan yang sangat comel, manja dan jinak kan..Kucing juga adalah haiwan kesayangan nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Tapi....

Kita kena bertanggungjawab lah kalau seandainya kita dah buat keputusan untuk membela dan menjaga kucing ni. Sebagai contoh, jaga makan minum dia, jaga tempat pembuangan najis dia. Janganlah sampai disebabkan kelalaian menjaga kucing kita, orang lain yang susah.

Aku cerita macam ni sebab aku berada dalam situasi tu. Situasi di mana kucing-kucing tersebut telah melaburkan saham mereka di rumah aku. Yang paling bestnyer, time aku nak pergi kerja la dia boleh "membuang" kat motosikal aku. Tak pasal-pasal la aku kena cuci moto aku dulu, then baru pergi kerja. Tu tak termasuk rumput-rumput karpet kat depan rumah aku tu. Penuh dengan naj** mereka je. Kalau sekali sekala tak pe la jugak, tapi HARI-HARI. Tak ke dah menyusahkan orang lain macam tu? -,-"

Tu tak termasuk virus yang senang dijangkiti lagi bila lalat yang hurung kat na*** mereka, hinggap pulak kat makanan dalam rumah. Eeeuuww, nak bayangkan pun dahhh loyerrr -,-"




Jadi, tolonglah bertanggungjawab sikit ya. Tolong lihat dan pandang-pandang orang sekeliling anda. Dan jangan jadi selfish. Aku harap dengan entri aku kali ni dapat dijadikan pedoman kepada penjaga-penjaga kucing diluar sana supaya menitikberatkan penjagaan haiwan peliharaan mereka. Terima kasih :)



post signature

Sunday 3 February 2013

BM232 - IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SISTEM PEJABAT (KEPUJIAN)

Salam :)

Hehehe, nak kongsi sikit dengan korang semua, alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk sambung belajar di uitm puncak alam. 15 minit jer dengan rumah aku. Syukur sangat-sangat sebab dekat dan dapat jimatkan kos. Terima kasih atas doa-doa ibu bapa aku, family dan kengkawan.. Thanks korang semua ya ;')




Jadi, inilah sebab kenapa aku kena berhenti kerja. InsyaAllah jika diberi kesempatan lagi, siapa tau aku dapat bekerja kat sini lagi kann :) Aminn~




post signature

Saturday 2 February 2013

PENGALAMAN YANG SYIOK

Salam semua..

whoaa lama rasa tak melepaskan rindu di blog ni..Fuhh, berhabuk yer..Semenjak aku dah kerja ni, busy memanjang dan agak malas nak update entri terkini..Hehehe, padahal kerja ape jelah sangat aku ni..

By the way, macam yang aku janjikan, aku nak la jugak update entri tentang kerja aku sekarang ni. Hehehe, dah nak berhanti baru la aku nak update..Nak tahu kenapa aku nak berhenti? Nantikan entri seterusnya..Hehehe



Okey, pengalaman bekerja aku sangatlah syiokkk.. Nak tahu kenapa? Sebab aku dapat bos yang baik, kawan sekerja yang gila-gila dan sporting..Seriously, memang beruntung sangat la siapa yang bekerja kat sini. Tersangat lah untung. Salah satu faktor yang membuatkan kerja kat sini best ialah bekerja dengan sebangsa dan seagama. Maksud aku, bekerja dengan orang melayu dan islam. Itu yang bestnyer. Memahami. Tu yang penting kann :)

Everything okey la kerja sini. Sampai sayang sangat aku nak tinggalkan kerja aku sekarang ni..Tapi apa boleh buat, adat pertemuan, mesti ada perpisahan kann :')



post signature