Sweet Followers

Friday 14 December 2012

KEMANISAN SOLAT DHUHA PART 2

Salam pembaca semua...

Entri kali ini, aku nak sambung untuk entri yang lepas iaitu KEMANISAN SOLAT DHUHA PART 1. Aku ingin berkongsi dengan korang semua, sedikit sebanyak la al-kisah aku berkaitan tajuk di atas. Hihihihihi JJJ

Tujuan aku sebenarnya bukan menunjuk-nunjuk tetapi ingin sekali mengajak korang semua supaya kita sama-sama melakukan salah satu solat sunat yang selalu di amalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W iaitu Solat Dhuha J



Bagi aku, terlalu banyak kebaikan dan kelebihan solat sunat ni. Selain kita mengingati-Nya, kita juga boleh meminta dan memohon kepada-Nya untuk permudahkan kehidupan kita malah untuk rezeki juga J

Sejak aku melakukan Solat Sunat Dhuha ni, Alhamdulillah rezeki aku mudah. Bermula dari aku ditawarkan belajar, menjadi student dan sehinggalah sekarang, aku diberikan pekerjaan yang sesuai dan kena dengan skop yang aku belajar dulu iaitu OFFICE MANAGEMENT AND TECHNOLOGY J

I really-really appreciate and love it.

Ketika aku belajar dulu, Alhamdulillah result exam for every semester meningkat kecuali semester 3 yang agak tergelincir sikit result aku. Ape-ape pon aku tetap bersyukur sebab bagi aku, mungkin rezeki aku setakat tu je J

Baru-baru ni pulak, aku dapat 2 offer kerja yang bagi aku memang dalam bidang skop kerja yang aku nak. Syukur. Kedua-duanya pulak memang tak jauh dari rumah aku. Pendek citer, memang tak de masalah la kalau nak pergi kerja. Jadi, aku pilih salah satu yang terbaik baik aku.
*Mestilah aku pilih yang paling dekat antara dua-dua tu. Hihihi J

Hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya hati aku saat ni bila dah 1 bulan lebih menjadi penganggur terhormat kat rumah. Hihihi J

Doaku untuk akan datang ialah semoga aku dapat bos yang baik dan boleh bekerjasama dengan aku. Begitu juga dengan rakan sekerja yang lain. AMINNNN J

Bagi aku la kan, Tuhan tu Maha Adil. Kita hanya manusia, hanya merancang. Tapi yang menetukan hanyalah Dia. Tugas kita hanya memohon dan meminta kepada-Nya. Insya-Allah, dia akan makbulkan. Jangan lupa juga yang kita mestilah berusaha. Jangan pulak hanya berserah ye..

Jadi kawan-kawan, jom kita melakukan SOLAT SUNAT DHUHA J

p/s : Ingat janji Allah J

# Jangan lupa nantikan Entri seterusnya nanti ya di mana pengalaman aku bekerja nanti J



post signature

No comments:

Post a Comment