Sweet Followers

Friday 17 June 2011

ADA KE MANUSIA YANG PERFECT ?

SALAM..

Aku manusia biasa yang tak boleh lari dengan salah silap. Dan aku rasa, begitu juga dengan semua manusia manusia yang sedia ada.

Aku berkata sebegini kerana aku teramat sedih. Sedih yang amat sangat. Kenapa masih ada lagi manusia yang hanya menilai melalui muka. Kalau kata orang tua, diam tanda setuju. Aku pon bersetuju dengan kenyataan itu. Tapi kenapa manusia hari ini hanya menilai bahawa, diam tanda tak suka, diam tanda tak setuju? Common la (bak kata kumpulan JAMBU), ini diri aku. Siapa yang tak kenal aku, mungkin akan kata aku sombong, dan macam macam lagi la.

Tujuan aku tulis macam ni, bukan sebab nak salah kan sesiapa. Tapi mungkin memang aku yang salah. Memang aku yang tak bagi respons time anda semua cakap. Tapi tak bermakna, aku tak setuju. Tolong lah anda anda semua ye, masing masing da besar panjang. Sampai dah masuk universiti pon. Kalau ada apa apa masalah, minta berbincang la eh. Tak baik cakap belakang belakang, apatah lagi menilai orang dengan sebab dia diam dan tak berkata apa apa.

Yes, aku memang agak serious. Tapi tak de lah all the times aku serious kan. Ye, memang aku mengaku yang aku bukan jenis yang bergurau sepanjang masa. Dah memang aku jenis cam gitu, nak wat cam ner.  Aku bukan hipokrit. Dan aku tak kan jadi hipokrit. Itu lah diri aku. Kalau tak suka, aku akan cakap tak suka. Kalau suka aku akan cakap suka.

By the way, terima kasih la aku tujuan khas kepada N**** sebab dan banyak bagi support kat aku. Dan aku tau memang akan ade hikmah di sebalik semua ni. Apa apa pon, CHILL..

SALAM..

No comments:

Post a Comment