Sweet Followers

Tuesday 31 May 2011

SEGALANYA TERCAPAI

SALAM..

Alhamdulillah sebab segala hasrat aku tercapai dan semuanya berjalan dengan lancar. Hehehe. Very very happy la. Hari ni pon kelas tak ada sebab batal. Biasalah, minggu pertama masuk, memang selalu sangat kelas batal. Yela, may be arrangement dia tidak begitu betui lagi.

Hurm, semalam keciq (member kat Uitm KT) ada call. Wahhh, lepas rindu kot. Hehehe, lama jugak kitorang membebel dalam telephone tu. Entah apa apa mengarut tengah tengah malam tu. Hahaha, disamping tu, terima kasih ye keciq sebab menjadi pembaca setia blog saya. Wahaha, rindu giler kot nak jumpa kau.


our last memories :')

Hmmm, lagi pun, memang tak boleh tidur sangat semalam. May be sebab tengok cerita orang asli tu yang agak berdebar dan sungguh tragis tu kot. Langsung tak boleh tidur lepas tu. Apa entah tajuk dia. Susah nak sebut la. Habis pon dalam pukul 12 lebih. Nasib baik ler keciq call. Tak de la boring sangat kan.

Ok lah, sampai sini saja corat coret saya.

SALAM..

Monday 30 May 2011

SEMESTER 3 BERMULA ^-^

SALAM..

Bermulanya semester 3 ini, mesti lah aku mengharapkan ianya lebih baik dari semester semester yang lepas. Bukan bermakna semester lepas tak ok ke, cuma mengharapkan sesuatu yang baik baik je. :))

Selamat sampai ke kolej tercinta ini, CEMARA, 29 Mei 2011 pada jam 3.00 petang. Lambat kan? Yela, kalau UiTM KT dah lama kena gerak awal lagi dari yang tu. Maklum lah jauh kan. Alhamdulillah la dapat tukar yang lebih dekat. So, memudahkan lagi urusan kalau di pendekkan cerita.


dila - shida - fieka - shuha

Sampai je kat bilik, macam biasa je, bilik yang sama, roomates yang sama, cuma ada tambahan seorang roomates yang baru. Tapi tak de la seberapa baru. Sebab, dia pon dah biasa melepak, makan makan, gelak gelak dengan kitaorang semua. So, tak menjadi masalah sama sekali.

Menjelang malam pulak, dah pening. Barang terlalu banyak, bersepah sangat sangat rasenyer. Huh ! Amat penat di situ ya. try jela, kemas kemas sikit demi sikit. So, habis lah jugak akhirnya. Lepas tu, mop, sapu dan selesai dalam pukul 1.00 AM. Wahh, penat gilerrr la time tu. tapi tak pe la, as long as bilik dah bersih kan. Then, terus tidur sebab kelas pukul 8.00 AM pada esok harinya.

Pagi pulak ada kelas CTU dan BEL. Memang terbaik lah kan, first kelas da belajar. Tapi best, sebab jumpa kembali member member kelas yang setelah sekian lama tak jumpa tu. Cehh wahh, macam lama sangat jela kan. Tapi seriously, memang best sangat sangat. But, tak tau lah lepas ni kalau kena tukar kelas ke ape. Sebab, maximum 30 orang je 1 satu kelas. Adoiii, da la nama dia ikut abjat. Entahlah, memang rezeki la kan kalau still kelas tu lagi. Huhuhu

Tapi yang paling best sangat sangat tadi sebab Adilah Osman, bagi KIT KAT dekat saya lah. WAhh, sukanyer. Hehehe, thankz Adilah ! Nanti aku bagi CADBURY BLACKFOREST kat hang pulak nahh. :)) Ni dia orang nyer.. Hehehe :D


Adilah Osman

ok lah, sampai sini jela corat coret saya ye..

SALAM..

Wednesday 25 May 2011

TIDAK HENTI MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH

SALAM..

Bersyukur sangat sangat kepada Engkau Ya Allah kerana telah memberikan aku rezeki sebesar ini. Sungguh ! Aku masih tidak percaya dengan anugerah yang telah Engkau berikan ini.

Terima kasih juga aku ucapkan kepada kedua ibu bapa aku kerana telah memberikan sokongan tanpa henti dan juga diiringi doa mereka juga aku berjaya. Juga kakak kakak aku dan adik ku yang sentiasa berdoa untuk kejayaan aku.

Penting juga aku ucapkan terima kasih banyak banyak kepada lecturer lecturer yang telah ajar aku tak henti henti. Especially sir syahir, ms nana dan pn mayang, lecturer paling sporting bagi aku :))

Tak lupa juga untuk classmates aku yang terbaik, Adilah, Afifah, Cip, Comel, Leen, Ayin, Bella dan semua warga OM 2A sebab sudi jadi kawan aku dan banyak tolong aku dalam subjek subjek yang kita belajar bersama. Selain itu, untuk member member cemara, thanks juga kepada shuha, dila, shida, su dan lain lain sebab banyak dah tolong aku. Teringat pulak kite sempat lagi tengok movie citer "sick nurse", padahal petang tu ada paper bel kan. hehehe

Benar kata mak aku, kalau kita belajar, pasti kita akan berjaya.

Serious aku cakap, sebelum result keluar :
Tak boleh tidur.
Mimpi dapat result rendah 2 hari sebelum result keluar.
Tak lalu makan.

Lepas result keluar :
Masih mengantuk.
Pergi tengok wayang citer "Nur Kasih"
*memang best citer tu, tapi ade scene yang agak mengantuk , maybe sebab aku tak cukup tidur kot :D
Jalan-jalan.
Makan makan.
Shopping :))
Terima ucapan TAHNIAH dari member member ^^

Lastly, aku bersyukur sangat sangat kerana misi aku telah berjaya. Iaitu merealisasikan harapan mak ayah aku. My mum said, nanti mak bagi present. Tapi tak tau lagi apa. *__*

ok, sekian..

SALAM..

Monday 23 May 2011

Alyah-Kisah Hati (MV with Lyrics)




Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

LOVE THIS SONG

Thursday 19 May 2011

HAKIKAT DALAM KEHIDUPAN

Suatu permintaan

Aku minta kepada Tuhan
taman yang indah
diberi oleh-Nya padang yang tandus

Aku minta kepada Tuhan
cahaya yang mapan
diberi oleh-Nya sinaran yang terik

Aku minta kepada Tuhan
bunga yang segar
di beri oleh-Nya kaktus yang berduri

Aku minta kepada Tuhan
rama-rama yang cantik
diberi oleh-Nya ulat yang berbulu

Aku berasa sedih dan kecewa

Suatu kurniaan

padang yang tandus itu
di tumbuhi rumput yang hijau

sinaran yang terik itu
memancarkan cahayanya di segenap ruang

kaktus yang berduri itu
berbunga mekar indah nian

ulat yang berbulu itu
menjadi rama-rama yang pelbagai jenis

Suatu kenyataan

Itulah jalan Tuhan
Petunjuk kepada ruang dan masa
Hikmah kepada tersurat dan tersirat

Dia tidak memberi apa yang kita harapkan
Namun Dia memberi apa yang kita perlukan

Aku pernah berasa sedih dan kecewa
 Namun jauh di atas segala-galanya
Dia mengaturkan yang terbaik walau tanpa disedari
di dalam hidupku..

Wednesday 18 May 2011

BEST LAGI SEDAPP ^.~

SALAM..

Haha, hari ni pulak , saya nak berkongsi cerita ataupun aktiviti yang menarik sepanjang cuti sem ni.. Dari boring tak buat apa-apa, lebih baik buat sesuatu yang boleh mengisi masa lapang kan.. Cehhh, cakap macam buat aktiviti apa je kan.. Nak tahu tak apa?? hehehe..

Sebenarnya, benda ni ada jugak kaitan dengan minat dan hobi.. mesti korang semua tertanya-tanya kan "Apa pulak kaitan BEST dan SEDAP ??"

BEST tu maksud saya di sini ialah aktiviti yang kita lakukan sehingga dapat membuahkan hasil..

SEDAPP pulak semua orang mesti tahu kan..hehehe

ok la, tanpa membuang masa lagi, saya tunjukkan ye antaranya :)

COKLAT !!






Korang tau tak, BEST sangat buat coklat ni.. Dan rasa dia pon SEDAPP sangat tau.. Hihihi

SAUSAGE BLACKPAPER !!!



Ni pon BEST lagi SEDAPP..hihihi..antara makanan kesukaan saya lah tu..

ok lah, sampai sini sahaja cerita saya mengenai BEST lagi SEDAPP ni.. Sebenarnya ada banyak lagi cuma tak sempat nak ambil gambar..

SALAM

Sunday 8 May 2011

HAPPY MOTHER'S DAY


first of all, i would like to wish HAPPY MOTHER'S DAY  to all mum in the world. Especially to my mum, NORIAH BINTI RAZALI. Thanks a lot because raise me until now. I LOVE U MUM. a lot and a lot. Terima kasih kerana telah mendidik pika, menjaga dan segalanya lah. Tiada siapa yang boleh menggantikan tempat mak di dalam hati saya :)


ok, sempena hari ibu ni, mesti la saya ada menyediakan atau erti kata lain menyiapkan hadiah untuk mak. Haha, nak tahu kenapa "menyiapkan"? Sebab saya telah membuat CAKE CAPPUCCINO CHOCOLATE CHIP for my mum. Yang special nya , i made it by myself ok.. Haha, ini pun berkat tunjuk ajar dari mak juga..

KEK CAPPUCCINO CHOCOLATE CHIP


time ni, menanti je, bila lah kek nak masak :)



ok, kek sudah di keluarkan dari oven :)



ok, sedia untuk di makan..yummy :))

maaflah sebab cara-cara pembuatannya tidak di tunjukkan di sini.. Sebab tuan dia yang buat. So, macam mana nak snap picture kan. Cara-cara buat dia tak de lah susah sangat.. cehhh, cakap macam da expert je kan.. tak de lah, memang tak susah pun sebab just follow dia punya instruction je..Dan akhirnya, siap sudah kek cappuccino chocolate chip ni..Finally, misi berjaya. Sayang mak sangat-sangat.

Wednesday 4 May 2011

C.I.N.T.A

SALAM..

Entah kenapa, hari ini saya ingin bercerita tentang cinta walaupun saya tidaklah seberapa tahu sangat tentang CINTA. Mungkin ramai yang tahu tentang cinta. Mungkin juga ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Atau mungkin juga ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.



Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.


Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.


Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.


Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.


Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.


Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.


Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.


Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.


Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat dan salah sama sekali. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
Sehinggalah mereka dapat bersama sebagai pasangan yang sah pada suatu hari nanti.
Agar KEBERKATAN menjadi  penunjuk bagi mereka pada masa hadapan.

Tuesday 3 May 2011

HOME LIKE HEAVEN.. IT'S TRUE ??

SALAM..

Home like heaven atau erti kata lain, rumahku, syurgaku selalu di nanti-nanti kan oleh semua student.. Apatah lagi time cuti sem kan.. haha, mesti la lega kan kalau duduk rumah..Yela, student mane yang x suke duduk rumah berbanding hostel yang agak SELESA tu..hehehe..
bukan apa, cuti sem ni lah masa untuk merehat kan minda setelah berjuang bertungkus lumus menghabiskan 1 sem.. cehh wah, macam pergi perang pulak kan..hihihi..apa pulak la aktiviti yang nak buat time ni ek?? kalau nak kerja pun, 1 bulan je.. itu pon x sampai 1 bulan kan.. lepas ni, 25 may 2011, tarikh keramat..nak tahu kenapa? sebab time tu result keluar.. huhu, takut nyer la.. mintak mintak semua nya ok ok belaka..dan melepasi target..apa apa pun tawakal je la..

okay, sekian saja untuk kali ini..
smile always :)
SALAM..